ms.news
68

Keajaiban: Paderi yang Diculik Dibebaskan

Salesian Father Tom Uzhannalil, seorang paderi yang diculik selama 18 bulan dan kini dilepaskan oleh penculik.
Pada Mac 2016, di Aden, Yemen, seramai 16 orang dibunuh oleh Regimen Askar Agama Islam di sebuah rumah warga emas yang dioperasi oleh Missionaries of Charity. Antara yang telah meninggal termasuk 4 orang pendakwah perempuan Kristian: Sisters Marguerite dan Reginette dari Rwanda, Sister Anselm dari India dan Sister Judit dari Kenya. Paderi Uzhunnalil yang merupakan pemimpin bagi sister-sister terkorban, telah dibawa keluar oleh pasukan penyerang.
Pada hari Selasa, Menteri Hubungan Luar Negara India telah mengumumkan dalam Twitter bahawa Uzhunnalil sekarang berada di Muscat, Oman sedang bersedia untuk pulang ke India.

#newsBwbulhgbqp