ms.news
54

Francis, "Semuanya Akan Dapat Diselamatkan. Semuanya"

Pope Francis berkata pada 11hb Oktober bahawa pada sesi Penghakiman Terakhir, ia bukan sesuatu yang menakutkan, kerana"pada pengakhiran sejarah kita, terdapat Jesus yang berbelas kasihan," dan disebabkan itu "semuanya akan dapat diselamatkan. Semuanya."
Francis telah mengumpulkan kenyataan yang menafikan kewujudan neraka yang telah diterbitkan oleh Sandro Magister (20hb Oktober).
Pada 23hb Ogos, Francis telah membandingkan pengakhiran sejarah kepada "suatu khemah yang besar, di mana Tuhan akan mengalu-alukan semua insan dan sewajarnya tinggal bersama mereka." Ditunjuk oleh magister, bahawa Francis telah memetik pengibaratan daripada Injil dalam beberapa majilis yang berbeza secara berpilih-pilih, dan telah melangkau kata-kata amaran yang diperkatakan oleh Jesus berkenaan dengan pendendaan abadi.
Jika apa yang dikatakan oleh Francis benar, maka tiada sesiapa yang memerlukannya dan Gerejanya. Makan turut tiada perbezaan antara seorang yang beriman dan yang berbuat jahat.

#newsXrazpwqgcr