Clicks15
ms.news

Bishop Gustavo Zanchetta: Satu Lagi Rangka Manusia Muncul Dalam Almari Pope Francis

Tuduhan baharu yang menuding ke arah Pope Francis dan pengikutnya, Bishop Gustavo Zanchetta telah timbul di Argentina.

Zanchetta telah bersara pada Ogos 2017 sebagai bishop Orán, atas "sebab kesihatan". Kemudiannya, Francis telah memberikanya jawatan baharu dalam sidang Pentadbiran Patrimony bagi Apostolik See.

Kini, El Tribuno de Salta menulis sebab Zanchetta dialih adalah kerana klerginya menuduh dia atas kesalahan penyalahgunaan homoseksual dan penyalahgunaan kuasa ke atas seminarian-nya, di antara umur 20 hingga 25.

Zanchetta turut disyaki mengalih keluar tiga paderi peniup wisel yang melaporkan kepada Nuncio atas penyalahgunaan amalan seks yang melibatkan 3 orang seminarian dan menyalahguna kuasa dalam mengambil tindakan ke atas sepuluh orang seminarian yang lain di antara masa 2014 hingga 2015.

Nuncio pada masa itu merupakan Archbishop kelahiran Swiss, Emil Paul Tscherrig. Beliau memilih agar tidak mengambil sebarang tindakan. Kemudian pada September 2017, Francis menaikkan pangkatnya sebagai Nuncio Italy.

Zanchetta turut didakwa menggunakan dana diocesan untuk merasuahi paderi-paderi dengan bentuk wang tunai, pakaian dan komputer supaya mereka berdiam diri. Seminarian yang dinodai olehnya berdiam diri dengan adanya sepasang selipar, sebuah komputer riba, atau pakaian import.

Antara alegasi penyalahan termasuk aktiviti melancap, raba-meraba, psikologikal dan tekanan kuasa, memeras ahli seminarian atau merangsang mereka dengan hadiah.

Salah satu bukti yang dihantar ke Nuncio telah dikenal pasti berkompromi dengan gambar bogel Zanchetta, kadang-kala ditemani lelaki yang lain. Mereka saling bertukar-tukaran dan dipaparkan dalam laman pornografi gay.

Ianya jelas kelihatan bahawa Pope Francis sedar akan kewujudan penyalahgunaan di Orán.

Zanchetta merupakan antara bishop yang pertama dinamai oleh Pope Francis. Mereka kini hidup bersama di Casa Santa Maria.

Gambar: Gustavo Zanchetta, #newsBxkyqcdedm