ms.news
90

Pope Francis Dengan Perempuan Sihirnya

Ketika penerbangannya pada 7hb Mei dari utara Macedonia ke Rome, Pope Francis menjawab soalan di mana dia menemui tenaga bagi kerjanya, " Saya tidak mencari perempuan sihir.”

Ini adalah berdasarkan penyataannya ketika menerbangi ke Chile pada Januari 2018, ketika itu Francis turut menjawab soalan yang serupa, “Apakah ubat yang saya perlukan? Saya cari wanita sihir sahaja!”

Akan tetapi, CallMeJorgeBergoglio.Blogspot.com (11hb Mei) menunjukkan bahawa “yang si perempuan sihir yang cari Francis.”

Laman web tersebut menerbitkan gambar seorang shaman wanita yang melafazkan mantera ke atas Francis di Vatican.

Satu lagi gambar (di kanan) menunjukkan Liu Ming, umur 51, seorang sami Tao, yang menggunakan Reiki dengan intensif sekali ke atas Kardinal Bergoglio selama lapan tahun.

Sesi urut dan akupunktur yang berterusan terbukti membantu Bergoglio melawan simptom kencing manis, permasalahan jantung dan kekangan yang dialami selepas pembedahan mengeluarkan hempedunya.

Ming merawat Bergoglio dengan “mengalihkan kuasa dalam badannya.”

#newsBtcoxhtzdi