Clicks4
ms.news

Kardinal Hollerich “Terbuka Kepada Paderi Wanita"

Seperti biasa kata-kata yang berputar belit dan berliku-liku, Kardinal Luxembourg, Jean-Claude Hollerich telah mengeluarkan kata-kata sokong-bantu dalam pembentukan [pelantikan tidak sah sekali] paderi wanita.

Dia tidak berkata bahawa wanita "mesti" menjadi paderi wanita kerana dia [dengan peliknya] "tidak tahu apa-apa” mengenai perkara ini. Walau-bagaimanapun, dia tetap bersikap "terbuka" apabila menyentuh isu paderi wanita.

Baginya, "situasi terkini" adalah tidak memadai: "Kamu perlu melihat dan memerhati sama ada seorang wanita mempunyai sebarang komen dalam gereja." Hanya Christ sahaja yang "mempunyai komen" dalam Gereja.

Hollerich berkata kepada KNA.de (13hb September) bahawa dia mempunyai "rasa hormat yang sangat tinggi" bagi Cara Synodal Jerman/ Jalan Membunuh Diri. Menurutnya, ia menanyakan "soalan yang sangat besar" yang "perlu disoal" - walaupun menerusi Cara Membunuh Diri hanya mengulangi benda yang ketinggalan zaman jauh dari 60 tahun yang lalu.

Bagi Hollerich, ianya sangat "sukar" apabila dia melihatkan bagaimana "Bishop Jerman berfikir secara persendirian mengenai restuan bagi pasangan homoseksual" dan kemudian dia dapat dengar "apa bishop dari Poland ingin berkata mengenai isu ini".

Ensiklikal Francis yang seterusnya, Fratelli tutti adalah tidak cukuptepat dalam politik bagi Hollerich: "Saya lebih suka berkata: Fratelli e sorelle tutti, maksudnya: semua saudara dan saudari".

Hollerich merupakan pengerusi kepada Konferens Suruhanjaya Bishop EU.

#newsUxoqaipqmq