Clicks3
ms.news

Emel Vatican Terbocor: Kritikan Perubahan Iklim? Selamat Tinggal

Pihak Vatican telah menyingkirkan semua yang mengkritik tentang hipotesis atas perubahan iklim buatan manusia, tulis Edward Pentin pada 5hb Januari dengan rujukan emel yang diterimanya 5 tahun yang lalu.

Konteksnya adalah Konferens Pontifikal Akademi Sains pada April 2015. Kemudian, Pengerusi Akademi, Werner Arber, seorang ahli Mikro Biologi Protestan dari Swiss, berasa simpati dengan kedudukan Philippe de Larminat, seorang pengkritik perubahan iklim Perancis.

Kardinal Curia, Peter Turkson telah menjemput Larminat untuk menyertai bengkel pada 28hb April. Chanselor Akademi, Bishop Marcelo Sanchez Sorondo mengalu-alukan penyertaan Larminat pada 16hb April. Akan tetapi, sehari selepasnya, setelah mengetahui pendirian kritikan dari Larminat, Sorondo mengutus kepada beberapa ahli akademi, mengatakan bahawa jemputan Larminat adalah “luar biasa.”

Antara penerima adalah Veerabhadran Ramanathan, "saintis" perubahan iklim kegermaran Francis, yang mencadangkan supaya jangan menjemput Larminat. Beberapa orang ahli bersetuju kerana terdapat perbezaan dalam mesyuarat akan “mencipta berita.” Sekurang-kurangnya dia menulis adalah “sedih dalam menentang presiden kami [Arber].”

Pada 24 April, Larminat tidak lagi dijemput. WashingtonPost.com melapor dalam June 2015 bahawa penerbangan Larminat dari Paris ke Rome dibatalkan dengan prateks “tiada kekosongan.”

Dengan tipu daya tersebut, konferens itu telah dijadikan tajuk besar akhbar secara tidak diingini sebab munculnya dua lagi kritikan perubahan iklim, Tuan Christopher Monckton dan Marc Morano, telah disingkirkan setelah diketahui pendirian mereka.

Gambar: Marcelo Sánchez Sorondo © Gabriella Clare Marino, CC BY-SA, #newsFahhroztmp