ms.news
51

Jika Tiadanya Skhisme. Ia Akan Menjadi Lebih Teruk– oleh Father Reto Nay

Selepas Pope Francis mengaku bahawa dia “tidak takut skhismse”, semua berkata tentangnya.

Marilah kita bersikap serius: Skhisme merupakan fantasi yang wujud daripada zaman kegemilangan yang lalu. Yang masih "hidup" adalah "Gereja Kaunsil" Paul VI yang kini terkikis hingga tidak cukup berkuasa untuk melahirkan skhisme.

Terdapat parti Modernis yang sekular yang dipromosi menerusi saluran media oligarch. Golongan ini digemari dunia, oleh mereka yang membenci Gereja dan penganut Katholik yang luput kepercayaan.

Golongan Modernis tidak perlu mewujudkan skhisme kerana Kaunsil dan Gereja telahpun dalam gengaman mereka. Lebih-lebih lagi, skhisme lebih kepada keusahawanan. Yang skhisme diwujudkan dengan hanya nilai keusahawanan dan tanpa nilai kepercayaan. “Agama Modernis ” tidak dapat menarik perhatian sesiapa pun. Tiada yang memberi perhatian atas ideologi liberal mereka. Pihak liberal tahu perkara ini dengan jelasnya.

Bagi parti yang lain pula, golongan Katholik, merupakan kumpulan yang berselerak, yang ditolak ke sisi dengan sepenuhnya. Mereka mesih menyumbangkan hayat mereka untuk Tuhan. Jadikan mereka skhisme: tiada yang akan ambil berat akan hal ini, sekurang-kurangnya atas hierarki yang penuh kerosakan.

Tidak, masa hadapan tidak akan membawa skhisme. Ia akan membawa penyuraian umum terhadap Gereja. Kini terjelas lihat bahawa Modernis berada dalam posisi yang menang, namun Gereja mereka sedang merosak.

Pihak Protestan pernah mengambil jalan ini pada suatu ketika dahulu. Dengan cara yang sama, hasil yang sama. Namun dilihat, bahawa golongan Modernis masih tidak memahaminya.

Gambar: © Mazur, CC BY-SA, #newsSaplmvarej