ms.news
25

Pope Francis: “Janganlah Berasa Bimbang Atas Penutupan Gereja”

Hakikatnya, banyak bangunan gereja yang tutup pada zaman ini, ianya harus menjadi sesuatu yang dialu-alukan dalam perbadanan Gereja bukannya "dengan perasaan resah dan risau" kerana ini mengiringi kita ke dalam "refleksi" dan "memerlukan kita untuk membiasakan diri kita", Pope Francis berkata dalam konferens yang diadakan dalam Universiti Pontifikal Gregorian (29hb November) dengan bentuk mesej bertulis.

Ia merupakan sesuatu yang tidak jelas jika kita melihat dalam skop: apa jenis "refleksi" yang akan menjadi.

Dalam tulisan, Francis menyatakan bahawa Gereja-gereja tersebut diperlukan "sehingga beberapa tahun yang lalu" namun tidak lagi untuk zaman ini "atas kekurangan penganut dan klergi".

Dia mengatakan bahawa Gereja-gereja turut mungkin akan tutup atas sebab distribusi populasi yang berbeza antara bandar dan luar bandar. Teori ini mungkin mengimplikasikan bahawa tempat yang lain mungkin akan berkelompok besar dan perlukan gereja baharu. Namun, bukan dalam kes ini.

Terdapat sedikit banyak pertanyaan mengenai dengan fenomena penurunan Gereja Katholik yang membawa kepada penutupan bangunan gereja. Namun, ini langsung tidak diperkatakan oleh Francis.

#newsRybdnkehwb